Sunday, February 26, 2012

Boyfriend 2

Aku akan mulakan cerita cinta aku bermulah dari zaman kat Perak.
Aku tak nak lah mula cerita dari zaman aku baru couple masa form 3.
Sebab cerita dia sangat sadis, lagipun zaman cinta monyet dan aku pun dah tak ingat sangat.
Cerita dari diploma lah ye?
Aku ambik diploma tahun 2007-2010 dalam jurusan Rekabentuk dalaman.
Eceh terskema la pulak. Hahaha.
Waktu itu aku tengah couple dengan seorang budak bola ni kawan cousin aku.
Tapi cinta jarak jauh jugak. Sob. Sob.
Aku tak mampu bertahan lama sebab jauh sangat. Lama sangat boleh jumpa.
So kami berpisah cara baik.
Masa itu aku bersendirian yelah belum ada kawan kan.
So aku sangat pendiam. Sila percaya. *wink2*
Masa kat kelas tak ada orang nak tegur aku, aku pun pemalu. *Auww* Ini betul.
So ada budak ni minta aku tissue dari situ hari-hari dia minta aku tissue.
So dari situlah bermula.
Aku ada cerita sedih berpisah, dia pun ada cerita sedih berpisah mengikut cerita dia lah.
Idoklah aku pasti betul kah tidak. Tapi dia pun main bola jugak.
Tapi sebelum aku couple dengan dia aku ada rapat dengan sorang laki ni.
J** nama dia.
Dia minat kat aku sampai sanggup nak pukul budak tu dan siap bagi aku rantai STAR.
Tapi rupanya dia sudah ada 3 GF yang lain di kampungnya.
So aku tolak cara baik.\
GF dia ada call aku dan cakap elok-elok so aku pun layan elok-elok lah kan.
So memandangkan aku tak ada siapa-siapa masa itu aku couplelah dengan budak itu.
Dalam 2 tahun jugaklah kami couple.
Aku tak tau cerita sebenar yang dia masih contact dengan GF PLKN dia itu.
Lelaki memang pandai putar belit okay.
Masa form 3 (2008) kami ada trip ke KL tak silap.
Kami masa itu pergi ke Mid Valley.
Aku gaduh dengan budak itu. Dia sangat mengongkong okay.
Lepas itu dia tertinggal bus lawatan. Of course lah dia marah aku salahkan aku.
Dia minta tolong kawan dia (Mizie) amik dia dan waktu itu kitorang sudah nak Sunway Pyramid.
Aku tak kenal lagi kawan dia masa ni.
Dipendekkan cerita masa buat project spa aku dengan budak ni turun KL.
Aku tidur rumah kawan aku (sekarang musuh) dekat TUN HUSSEIN dia tidur rumah Mizie.
Dari situlah aku pernah jumpa Mizie dekat Ampang Point tak silap first time jumpa.
Tapi tak bercakap sepatah pun aku malu, lagipun tengok dia macam adik-adik je.
Aku setia okay. Dia pun malu-malu lagi. Masa itu dia berlakon teater kat IB dan dia masih dengan awek gemuk dia itu.
Aku cuma cakap dengan dia tak silap aku, "Bawak kereta elok-elok tau, aku sayang dia".
Wah romantik tak?
Then dari situ budak itu suruh aku add dia kat myspace dan YM.
Aku ada usya sikit-sikit lah myspace dia tapi macam tu jelah sebab aku tak berminat sangat. Ceaa.
Add jelah pun tak comment-comment pun. Tapi seingat aku dia ada comment aku dulu cakap macam kenallah. Awek Ta*** kan?
Macam tu jelah, dengan dia ada komen aku punya blog kat myspace tak silap.
Lepas itu aku lama gila tak contact dengan dia.
Bulan April 2009 tak silap aku, masa itu dia dah single kot.
Aku single awal tahun 2009. So masa itu aku scandal jelah kan.
Walaupun budak itu masih macam nak kat aku siap bagi video lagi kat pendrive aku.
Siap nak jumpa sebelum dia balik Pahang.
Aku layankan aje sebab masa itu aku macam nak lupakan dia sudah.
Lagipun dia yang buat tahi so, buat apa aku nak lagi kat dia kan?
Pergilah kau sana dengan awek PLKN kau itu.
Ada aku kesah?
So masa bulan May 2009 aku contact dengan Mizie sebab aku nak usya tempat practical.
Aku start contact dia April kot sebab dia rajin comment-comment aku.
Aku layanlah single katanyeee.
Aku seorang je masa itu belum ada tempat practical sedih.
Tanya lecturer boleh tak buat dekat Sabah, idoklah dibenarkan.
Frust, jahat tau lecturer ni.
Terus aku teringat yang Mizie ni macam kerja kat firm dari apa yang budak itu ceritalah.
Mak dia ada spa kot tak silap.
So aku beranikan diri myspace dengan dia.
Dia layanlah jugak siap bagi no. telefon bagai. Dia suruh call waktu lepas kerja.
Aku tak call pun, :P gigih.
Waktu itu aku macam baru putus cinta adalah cerita-cerita dekat dia. Dia kan kenal budak itu.
Rupanya dia pun sama baru putus cinta dengan si gemuk itu. Sedang berscandal.
Lama-lama kami rapat sikit.
Dia bagi aku firm dekat Ampang, Karat studio.
Hantar resume dapatlah kerja sana.
So aku pun beli tiket flight dalam 15 May macam itu aku terbang ke sana sebab 1 June aku dah mula start practical.
Nantilah ye aku cerita first perjumpaan kami sebab aku macam letih nak taip. :P

Tungggguuuu . . .

Bye.

No comments:

Post a Comment