Wednesday, December 30, 2009

Pernahkah pertelingkahan membawa kebaikan?

Mungkin ramai yang ambil mudah dengan masalah ini, atau mungkin ramai yang suka kerana ada pihak yang boleh mengaut keuntungan dari 'mereka'. Kita lupa, kita tidak peduli dan kita biarkan. Kononnya ingin menyemarakkan semangat kita serumpun or what so ever. Tetapi adilkah kalau cuma sebelah pihak yang berpegang pada prinsip itu? Kenapa pihak 'mereka' tidak boleh mengikut sama? Adakah kerana level mereka lebih tinggi, mereka lebih maju dan berkuasa jadi tidak layak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kita? Maklumlah mereka Garuda, dan kita cuma sebuah negara yang melengkapkan peta dunia. Tidak diingat dan tidak tersenarai. Jangan begitu kawan.


Aku sangat yakin yang mereka ada misi mereka sendiri. Dan yang pasti misi itu bukan berniat baik. Sebagai generasi muda yang baru mengenal dunia aku menjadi sangat takut. Aku takut untuk menunggu kemusnahan negara aku. Sedangkan sang pemerintah pun bertelaga apatah lagi rakyatnya. Aku risau dengan keadaan ekonomi dan politik negara ini yang 'tidak stabil'. Pembetulan aku bukan peminat politik malah dalam subjek Sejarah bab politik sudah awal-awal aku skipkan kerana aku sudah terlalu bosan dengan propaganda yang cuma mereka tanamkan. Aku tidak tahu apa-apa berkaitan parti, ahli lembaga kabinet, pemegang tampuk menteri dan pertukaran agung. Tidak percaya? Tanyalah apa saja soalan pasti aku tidak boleh jawab. Tetapi iya, aku faham segala kejadian. Aku cuba kaji sejarah yang berlaku disebaliknya agar aku tidak mudah terpedaya dengan mereka yang berniat untuk mencuci minda dengan segala macam pembohongan.


Memang. Memang tidak ramai antara kita yang suka dengan bab ini. Di kalangan rakan aku juga tidak ramai. Tapi kami pernah buka konferens tentang ini dan ada beberapa orang dari rakanku yang bersikap seperti bakal pemimpin kerana mereka ada idea, tahu jalan cerita, memahami sejarah yang sebenar serta mereka risau akan sesuatu yang bakal berlaku. Tetapi mereka tiada jalan untuk menyuarakan pendapat. Tersalah cakap kita dianggap pengganas paling-paling kena SIA. Jadi, ditelan mati mak diluah mati bapa. Malah aku juga pernah mengeluarkan nota tentang ini dan mendapat sedikit sambutan. Ada seorang hamba Allah bernama Melayu tetapi sangat menentang aku yang mempertahankan kaum Melayu. Aku jadi hairan. Jadi terjadi perbalahan pendapat. Dia sangat menyokong 'mereka' bila mana aku katakan yang aku tidak suka 'mereka' duduk di negara kita berbuat seperti negara sendiri. Tapi kita di negara 'mereka' dilayan seperti sampah. Dia bermati-matiam memangkah fakta yang aku bagi. Fakta adalah kebenaran, pangkah macam mana pun aku tetap betul juga. Ayat terakhir aku buat dia berhenti. Aku cakap dengan dia, adakah awak suka bilamana suatu hari nanti orang 'mereka' menguasai negara kita. Mungkin awak suka bila terpaksa berebut kerja dengan orang 'mereka' dan kesudahannya orang 'mereka' dapat kerja yang awak telah berusaha dapatkan. Percayalah aku tahu segalanya. Melihat banyak drama yang orang lain tak berpeluang untuk lihat.


Jangan salahkan aku kalau ayat aku kelihatan seperti racsist, aku tidak racsist kerana aku bukan orang Melayu jadi apa kepentingan aku untuk mengadai masa depan demi orang Melayu. Aku juga tidak dibayar tetapi aku bangun atas kesedaran sendiri. Aku sedih dan takut dengan masa depan orang Melayu sendiri yang makin pudar. Tapi tidak mengapa aku harap ada orang di luar sana yang akan sedar satu hari nanti. Bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngada.


p/s : ada seorang pemotivasi bebas Dr. Redhuan Lee yang juga memperjuangkan martabat orang Melayu, beliau ada menyiarkan catatan tentang cerita-cerita beliau di Utusan Malaysia yang bertajuk "Bila kacang lupakan kulit". Untuk pengetahuan beliau bukan orang Melayu tetapi mualaf yang berbangsa cina. Beliau telah membuka mata aku serba sedikit dari perspektif berbeza.


Seorang pemimpin yang aku kagumi Dr. M, juga memperjuangkan orang Melayu tetapi dari jalan sarcasicm yang mana beliau sangat dibenci oleh ramai pihak. Tapi aku sedar cara beliau. Beliau tahu berlembut hanya akan tidak mengubah apa-apa. Jadi beliau menggunakan sindiran sebagai pembangkit semangat orang lain. Siapa suka disindir walaupun sindiran itu betul? Aku sangat menghormati beliau dan idea bernas beliau.

Bye.

No comments:

Post a Comment