Namun, dia tetap memiliki kelemahan iaitu kryptonite. Kesimpulannya, walaupun mungkin ada manusia yang boleh mencapai tahap kesempurnaan dia tetap mempunyai kelemahan. Tiada siapa yang sempurna melainkan Dia yang mencipta segala kejadian alam.
Jadi, jika tahu kita tak sempurna jangan pernah mengharapkan orang lain menjadi sempurna dan hampa sekiranya dia tidak mencapai tahap kesempurnaan yang kita inginkan. Kesempurnaan adalah sesuatu yang tidak boleh dicapai tetapi boleh diusahakan. Kita boleh membuat yang terbaik tetapi tidak yang paling sempurna. Jadi, hargai orang sekitar kita dan apa yang dia buat untuk kita.
Mungkin, dia tidak cantik dan gemuk, tetapi dia adalah yang terbaik untuk kita kerana yang penting adalah hati. Cantik di luar tidak semestinya cantik di dalam tetapi cantik di dalam akan membuatkan di luar juga cantik.
No comments:
Post a Comment