Kebenarannya tiada istilah bongkak atau takbur kalau kita menggunakan Bahasa Inggeris sekali - sekala. Sebenarnya orang yang membuat kenyataan begitu adalah orang yang cemburu kerana dia kurang fasih BI. Jangan salahkan orang yang boleh berBI hanya kerana anda tidak boleh. Itu adalah kelemahan anda, anda tidak mempelajarinya sehingga berjaya. Saya tidak memenangkan bahasa asing, saya menghormati bahasa ibunda saya. Saya tahu suatu masa dahulu bahasa ibunda saya merupakan lingua franca, dan sesiapa yang mahu berdagang harus fasih berBM. Tapi, itu dulu, keadaannya tidak sama dengan sekarang. Kita tidak berjaya mengekalkan bahasa kebangsaan kita sama agungnya seperti dahulu. Mungkin ada kesilapan kita disitu selebihnya lebih kepada takdir. Iya, kenapa bahasa asing menang dan menjadi bahasa perantaraan? Tepuk dada tanya selera. Sebetulnya saya boleh bertutur didalam kedua2 bahasa walaupun tidak lancar. Untuk pengetahuan, ini adalah perkongsian maklumat bukan untuk menunjuk dari sekolah rendah ke menengah saya selalu mendapat pelajar terbaik untuk subjek bahasa Melayu. Saya menjadi pelajar kesayangan guru2 bahasa kerana saya selalu mendapat markah tinggi untuk subjek mereka. Waktu itu BI saya agak lemah saya cuma mampu mendapat B. Saya akui BM merupakan subjek kegemaran saya, kerana saya gemar membaca. Untuk pengetahuan juga saya mendapat A1 untuk BI tetapi cuma A2 untuk BM. Tapi tak bermaksud saya bongkak atau merendahkan bahasa sendiri. Di rumah saya tetap mengunakan BM untuk bertutur lebih selesa.
Kita dalam Islam tiada dilarang utnuk memahami bahasa lain, apatah lagi mempelajarinya. Malah kita disuruh untuk mendalami bahasa lain untuk tujuan pelajaran. Ini kerana kebanyakan buku2 ilmiah adalah di dalam bahasa asing dan perlu diterjemahkan untuk difahami. Sampai bila kita akan maju kalau kita tidak mahu mempelajari bahasa asing dan kita tidak dapat menafsir ilmu itu? Bukankah itu sifat yang sombong dan membawa kerugian. Lebih2 lagi sekarang di IPT semua subjek menggunakan bahasa asing sebagai pengantara dan buku rujukan disediakan juga dalam bahasa yang sama. Kerja2 kursus, thesis dan nota2 dari pensyarah juga dalam BI, macam mana kita mahu belajar sesuatu kalau kita tidak faham, atau tidak mahu faham? Saudara sila tukar persepsi anda dengan menyatakan dengan bertutur dalam BI kita tidak nampak pandai mana. Ayat itu hanya akan dituturkan oleh orang yang sombong. Terima kasih.
p/s : Aku menggunakan bahasa baku bagi menunjukkan yang aku tidak lupa diri.
Bye.
No comments:
Post a Comment