Friday, December 31, 2010

kembali ke alam realiti

tinggal lagi sehari nak masuk tahun 2011.
aku tiada azam, sebab aku tak suka azam.
aku buat apa yang aku nak bila2 masa sahaja.
tak kan nak tunggu tahun baru baru nak buat sesuatu?
lagi sehari juga aku nak melangkah kaki lagi ke shah alam.
tinggal lagi setahun dan setengah nak habis.
wish me luck kay??

aku tiba2 terfikir pasal orang2 yang meminjam PTPTN.
maksud aku mereka2 yang telah habis belajar dan telah berkerjaya.
mereka yang kira dah berjaya hasil dari bantuan duit PTPTN dan universiti tempatan lah.
ada gaji yang dah cecah 5 angka dan ke atas.
tapi sayangnya mereka macam buat2 lupa atau memang niat tak mahu bayar duit PTPTN yang mereka telah habis gunakan itu.
sampai ada yang kena tahan dekat imigresen airport sebab dah black list tak boleh ke luar negara tak bayar PTPTN balik punya pasal.
tak malu ke? makan duit hak orang lain buta2 macam itu.
cuba bayangkan kalau PTPTN menanggung kerugian besar tak dapat bagi pinjaman kat orang lain yang lebih perlukan hanya sebab orang2 macam ini tak bayar balik duit.
iyalah kalau dah pinjam tak pulangkan apa yang orang itu ada lagi kalau tak dapat pulangan kan?
memanglah kadang PTPTN ni sengal juga, tapi sekuran2nya mereka berniat nak tolong orang sendiri.
jadi jangan sia2 pengorbanan dorang dengan sikap pentingkan diri sendir.
umpama orang dah bagi kita pinjam tandas rumah, kita da puas berak dah lega tapi blah macam tu je tak ucap terima kasih. tu tak apa lagi ini tak pam tandas dan tutup balik.
rasa2 orang berbudi kita berbahasa tak perangai macam tu??

sendiri mau ingat.

Bye.



No comments:

Post a Comment