aku teringat balik kisah setahun yang lepas. cerita yang menjadi pengajaran buat aku untuk jangan percaya pada seseorang itu walaupun dia kawan baik sekalipun. mungkin sebab itu wujud istilah kawan makan kawan. aku terkena.
aku memang sudah terputus hubungan dengan dia langsung. tapi bila kenangan tiba2 muncul satu persatu memori itu muncul dalam fikiran aku. betapa jahil aku masa itu. mungkin masa itu aku sangat sangat sedih. jadi tidak dapat berfikir dengan betul. masa itu juga dia main peranan pergunakan aku.
sememangnya aku sangat3 patut lupakan dia. malah patut bunuh saja kalau jumpa lagi lepas ini. aku memang patut benci dia seumur hidup aku.selepas apa yang dia sudah buat pada aku. mengingatkan dia pernah tolong aku dulu dan kami pernah jadi kawan jadi perasaan benci itu bercampur dengan perasaan lain yang aku sendiri tak faham.
sesungguhnya aku menyesal pernah kenal dan jumpa dia. seharusnya dia tidak patut wujud dalam memori aku. tapi ALLAH lebih mengerti segalanya. setiap kejadian telah tertulis. ya Allah bantu aku untuk melupakan kejadian itu. aku lemah dan pasrah.
Bye.
No comments:
Post a Comment