ceritanya dipegang oleh dua watak biar aku namakan mereka sebagai adam dan hawa. tema cinta mereka adalah dua darjat. mungkin sebelum ini dua darjat adalah sebuah filem p. ramlee yang sangat2 menyayat hati. tapi kini cerita ini benar2 ada dalam realiti. adam dan hawa ditemukan tanpa diduga. pada mulanya mereka saling berselisihan faham dan bergaduh. tiada tanda2 baik dapat dilihat. apa saja tentang hawa dimata adam adalah salah begitu juga dengan hawa. orang di sekeliling juga dapat melihat dan menafsir perbezaan itu. namun, mereka ada persamaan iaitu keegoan yang tinggi. masing2 tidak kalah antara satu sama lain. walaupun begitu, mereka tidak sedar lama kelamaan perbezaan mereka itu membawa kepada rasa cinta dalam hati.
hawa mula terasa sesuatu dalam hatinya. sehari tidak bertengkar dengan adam membuatkan hatinya tidak keruan. rindu mula bertandang. begitu juga dengan sang adam. sehari tidak melihat wajah yang ayu hawa membuat tidur malam tidak lena. hawa tidak dapat berbuat apa2 kerana dia di pihak perempuan. adam mesti memulakan langkah. suatu hari mereka berjumpa dalam keadaan yang senyap, tiada kata pergaduhan. mereka meluahkan rasa di dada. sememangnya kedua2 mereka mempunyai perasaan yang sama. mulai saat itu mulalah kehidupan penuh cahaya. setiap hari adalah hari yang membahagiakan. kerana adam telah menemui cinta yang selama ini hilang. dan hawa telah berjumpa dengan separuh jiwanya.
namun, panas yang disangka ke petang rupanya cuma sampai ditengah hari. adam meminta putus secara tiba2. alasan keluarga menjadi punca. cinta tidak direstui orang tua. hawa bersedih. mataharinya telah tiada. gelap jiwanya kosong hatinya. air mata menjadi peneman setia. tidur malam tidak lagi lena. setiap hari yang baru adalah dianggap mimpi belaka. tiada lagi alasan untuk dia hidup di dunia. merana sanubari. keputusan adam tidak dapat diubah walaupun hawa memujuk pelbagai cara.
tambah memedihkan, hawa mendapat tahu yang adam telah menemui pengganti. luluh hatinya tidak terperi. kehidupan tetap diterukan. akhirnya dia redha dengan ketentuan Ilahi. mungkin jodoh mereka sekejap saja. hawa mendoakan kebahagiaan adam. setahun pertama, cukup menyiksakan. dugaan datang bertimpa. tahun kedua juga sama. ingatan terhadap adam sukar dilenyapkan dari minda. tempat adam terlau istimewa di hati hawa. masuk tahun ketiga, hawa perlahan2 menolak mimpi buruk itu dan memulakan langkah baru. kenangan silap dilupakan sedikit demi sedikit.
selepas lima tahun, adam kembali untuk merungkai rahsia yang selama ini dipendam. hawa perlu tahu semuanya kerana adam pasti hawa sudah menemui penggantinya. adam tekad menceritakan apa yang tersirat selama ini. hawa terdiam. terpaku tanpa suara. mata bergenang dan air mata pun jatuh. cinta adam untuknya masih kuat. tidak pernah luntur. tiada hawa yang kedua. selama ini adam menipu hanya kerana dia tidak mahu hawa hidup menderita bersamanya. adam dan hawa dua taraf yang berbeza. seperti langit dan bumi. malam dan siang. tidak mungkin bersama. jadi adam mereka cerita agar hawa membenci dan melupakannya sebelum semuanya terlambat. kenapa adam terlalu mementingkan diri? kenapa dia membuat kesimpulan sendiri? hawa mencintainya setulus hatinya tidak memandang siapa dia. rupanya selama ini adam memendam rasa sendirian. sampai ke hari ini, dia masih menyimpan surat dan hadiah yang pernah hawa berikan. lagu untuk hawa masih menjadi dendangan dirinya selama ini. tidak pernah padam. rupanya adam lebih menderita dari hawa. kerana sakit menyimpan adalah seperti dihiris sembilu.
namun semuanya tidak dapat diubah. hawa telah mempunyai pengganti. tidak mungkin dia melepaskan apa yang dia ada untuk kembali kepada adam. dan adam sendiri tidak mahu semua itu berlaku. dia rela melepaskan hawa untuk mencari kebahagiaan yang adam tidak dapat bagi. selagi hawa bahagia adam juga bahagia. walaupun adam terpaksa bersendirian sampai bila2. dan adam sentiasa mendoakan kebahagiaan hawa dengan orang baru. cinta mereka kekal menjadi sejarah.
the end~
Bye.
No comments:
Post a Comment