Pelik-peliklah perangai manusia zaman sekarang ni.
Orang luar pun boleh masuk campur hal orang lain.
Siap jadi batu api, penyedap rasa, penambah perisa.
Jadi, si watak utama ni tunggul kah?
Hai, macam-macam hal, hal kecil-kecil diperbesarkan.
Apa nak jadi ni? Orang berlumba-lumba cari pahala, kau berusaha tambah dosa.
Nauzubillah.
Kau ingat dengan pegang watak innocent tapi sebenarnya kau gunting dalam selimut kau boleh selamat?
Sudah-sudahlah manusia. Berhentilah dari sibuk hal rumah tangga orang lain.
Jangan sampai baju sendiri compang camping tak sedar hanya kerana terlalu fikirkan kain orang yang terbocor sikit tu.
Typical Malay memang macam ni kan?
Suka terpengaruh dengan hasutan orang, suka bawa cerita malah suka buat cerita.
Patutlah tak maju-maju.
Siapalah yang tinggal untuk dipercayai.
Yang boleh dipanggil sahabat.
Yang tak tikam belakang.
Hidup pasang surut, macam laut.
Kadang kita di atas, selalu di bawah.
Jadi beringat sebelum kena.
Bye.
No comments:
Post a Comment