Thursday, June 30, 2011

When to wash.

Aku nak bagi petua untuk membasuh baju. Kalau kita selalu basuh baju, maksudnya hari2 lah kan nanti baju cepat lusuh. Mesti tak bestkan baju mahal2 lepas tu favorite pula tu cepat je rosak. So, ini ada contoh cara nak tahan lamakan garments;

Jeans - Selepas 4 ke lima kali guna. Jeans senang memerangkap habuk, tapi itu bagus, kalau kita selalu cuci nanti warna jeans akan luntur dengan cepat. tak cantik. :(  Tetapi jegging mesti dicuci selepas setiap kali pakai.

Skirts - selepas 4 ke 5 kali guna. Selalunya kalau kita pakai skirt kita jarang lakukan aktiviti lasak, kita jaga tingkah laku so, peratus untuk dia menjadi kotor tidak besar.

Swimsuits - Selepas digunakan. Garam dan klorin akan merosakkannya dan boleh mengakibatkan ia menjadi kurang stretchable. Basuh tangan bersama2 dengan air yang sejuk dan sabun detergent lembut untuk hilangkan bau klorin. Keringkan secara biasa.

Tops and dresses - Selepas sekali ke 3 kali guna. 3 langkah untuk menjaga ketahanan baju ini ialah jangan pakai deodorant dengan banyak (satu dab sudah mencukupi), jangan letak di tempat iron dan yang boleh mengotorkannya.

T-shirt, tanks and camisoles - Selepas setiap kali digunakan. Jaga ia seperti menjaga pakaian dalam. Close-fitting and oil absorbing, selain itu ia juga basic pieces untuk dipakai dengan blouses, sweaters and jackets. Cuci dengan air panas.

Bras - Selepas 3- 4 kali guna. Bra tidak terkena dengan ketiak apabila dipakai, jadi ia masih boleh dipakai beberapa kali. Tapi ia memerlukan 24 jam rehat sebelum dipakai semula supaya keelastikannya boleh kembali kebentuk asal. Kalau anda kuat berpeluh, cuci bra setiap hari dengan sabun bayi. :)

Bye.

No comments:

Post a Comment