Sunday, June 26, 2011

Penat!

Okay. Semalam (Sabtu) aku kerja, so, aku balik pun sudah pukul 3.30. Then, adik aku beriya2 nak ajak pergi tengok Jom Heboh, Likas. Hurm, sebagai kakak aku patut teman. Ececeh tak nak mengaku sebenarnya dia nak pergi juga. Haha.
So, around 7.00 kitorang pergilah. Mula2 memang sudah agak it will be crowded. Of course lah kan. What do you expect? Kami cuma berharap tak hujan jelah. Da lah park kereta jauh yang amat. Memang sakit2 kakilah ye. Sanggup. Sampai2 saja dengan panas dan tak meriah langsung. Artis yang ada cuma Tomok dengan Akim. -__-
Tak sampai setengah jam kat sana terus rasa nak balik. Tak apalah asal sampai. Then oleh kerana malam masih muda, kitorang rancang nak pergi 1Borneo. Konon2 nak usyha F.O.S yang baru buka. Lepas tu nak singgah MNG (konon sale) dan nak try tengok Cotton On sudah beroperasikah belum.
Semua sudah masuk. Memang penat lah. Last2 usyha2 tak ada yang berkenan dimata. Tak beli pun apa2. Even duk try kasut kat Cotton On, flowery kot dan paling penting half price. Beli McD ( Double Cheese & milk shake ) jelah sebab lapar yang amat.
Balik2 memang mengantuk. Tinggal sehari je nak cuti (hari ni) tu pun jalan lagi. Hantar Bobo balik Maktab Sabah. Pagi2 pergi majlis kahwin kat Papar. Kenapalah esok Isnin?

No comments:

Post a Comment