Sunday, June 19, 2011

Ahad.

Okayy kenapa aku guna nama2 hari sebagai tajuk post aku? Haha. ;P Sebabnya sejak aku mula mengenali erti bekerja aku sudah mula menghargai hari2 yang dilalui. Ceewah! Sebenarnya gue malas donk mau bekerja. Esok Isnin gue harus membanting tulang empat kerat. Duhh!

Lupakan hal2 yang berkaitan kerja. Kalau kita bincangkan panjang lebar pun tak guna. Hakikat harus ditempuhi.Okayy hari ini aku menonton wayang, wah skemanya, haha, okayy serius, aku menonton cerita baru ditayangkan 16 June iaitu 3hari lepas, GREEN LANTERN.

Ulasan untuk cerita ini sangat best okayy. Aku memang sangat mencintai cerita2 science fiction seperti itu. Ceritanya bermula apabila di antara banyak2 planet diluar bima sakti, ada planet yang mempunyai penghuni yang mempunyai kuasa. Tiba2 ada raksasa bahaya yang dikurung terlepas. Dia akan mengambil segala isi dalaman (roh) orang yang takut. Jadi orang itupun terus mati. Penjaga yang menjaga makhluk itu berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan nazak dan terkandas di bumi. Dia melepaskan Green Lantern yang disimpan di dalam cincinya untuk mencari pahlawan baru. Orang yang dipilih akan menyelamatkan planet mereka dari musnah.

Heronya adalah yang hero definitely maybe tu, tak ingat nama dia. Sangat tough okayy. Heroinnya Lively Black. Tak meminati beliau sangat. Tak rugilah tengok, bagi peminat2 cerita Tron cerita ni ala2 cerita tu. Aku memang meminati cerita watak2 superhero macam tu.

Okayy, kenal dengan benda alah ni?
Kecillah pulak gambar dia. Domo-kun kan? Kenapa orang suka dia. Sekarang ni dekat mana2 pergi mesti ada dia. Haha. Aku biasa2 je pun.

Hurm aku sangat memerlukan duit sekarang ni. Honestly, sudah berbulan2 aku tidak ke bank untuk mencucuk duit. Ini kerana aku yakin seyakin-yakinya duit di bank aku itu memang tidak banyak. Haha. Tapi nafsu bershopping aku memang susah untuk dikawal. Ia hanya berjaya dibendung apabila aku kehabisan sumber kewangan. Selagi ada setiap inchi akan dihabiskan. Lebih2 lagi sekarang tengah sale. Tadi aku pergi Suria Sabah macam2 ada, COTTON ON tengah buat sale! Dress2 dia sangat cantik dan berbaloi untuk dibeli. MNG pun sale! Argghh! Kenapalah kenafsuan aku diuji sewaktu aku ketiadaan wang??

Bye.

No comments:

Post a Comment