Thursday, January 9, 2014

Tempat jahit murah.

Okay mak penat.
Beberapa hari ni full blast siapkan doorgift, ambik barang, urus borang dan macam2 lagi.
Tulang dah sakit2.
Macam orang tua kan? Haha.
Sebenarnya dari hari tu nak cerita pasal tempat jahit baju ni.
Mula2 hantar jahit kat member dah hantar kain segala dah bagi harga then ada masalah yang tak dapat dielakkan terpaksa cari kedai jahit lain.
Ngam pergi rumah aunt kat Ampang bagi kad terus terbuka cerita pasal baju.
Memandangkan dah tanya yang lain memang dah ramai tutup tempahan so kita pergi je lah hantar kat sana.
Harga nya tidak lah murah sangat.
Empire Dress kosong = RM 250 jahit sahaja.
Kebaya = RM 150 jahit sahaja. Tapi dua2 full lining.
Kalau patching lace dalam RM 150 untuk kebaya dan RM 200 untuk empire dress sebab dia beading skali.
Kalau untuk veil RM 200 satu.
Tapi sebab dia fitting pun laju akak tu pun layan okay so tak pelah kan.
Kedai dia ada dua 1 kat medan mara, lagi 1 kat kg. Baru.
Nama kedai aku tak berapa ingat sebab masa datang tu dia tengah renovate tapi akak tu nama Sharifah.
Lepas ni misi memenuhkan beads pulak.


Bila agaknya sempat ye.
Siapa kata kahwin senang, penat nak pengsan.
Bilalah agaknya dapat berehat.
Nasib dah nak habis dah dan pengapit dah jumpa. Yeay!
Nanti sambung lagi ye.
Thanks for reading.

Bye.

No comments:

Post a Comment