Friday, August 1, 2014

Cuti sudah habis bro.

Hari ni dengan rasminya aku memulakan semula kerja setelah bercuti selama 6hari. Morning sickness aku makin menjadi-jadi. Keinginan untuk muntah tinggi sampai keluar bluek-bluek tapi angin je. So rasa tak sedap badan, tapi gagahkan jugak kerja sebab nanti mendapat unpaid leave. Sedih.

Semalam flight dari KK berlepas jam 5.40 petang sampai KL jam 8.00 malam. Naik erl turun dekat Putrajaya, bayar parking kereta. Then lepak Wati sampai kul 11.00 malam, amik Blackey then balik rumah. Basuh apa yang patut, tidur jam 12.00 malam. Hari ni terconggok depan pc. Jap lagi nak pergi site pulak.

Badan tengah sakit-sakit, dengan mual-mual. Bertahanlah demi sesuap nasi, kang macam mana nak enjoy hujung bulan. Nak membeli belah perabot dekat ikea. Nak pegi kaison habiskan duit beli decoration. Pergi Daiso beli barang rumah. Makan-makan kat TGIF. Paling penting nak pergi bercuti bulan 10 sebab banyak cuti.

Aku pun dah start menyimpan dekat ASB balik. Yelah siapa tahu nasib kita dikemudian hari. Dengan aku pun kerja contract je. Atleast keje setahun boleh lah kumpul ASB dalam 2.5k ke kan. Dengan nak melahirkan nanti. Nak beli barang baby sikit-sikit. Sekarang dah boleh pergi exhibition baby rasanya. Sebab minggu ni dah masuk 2 bulan. Minggu depan dah boleh amik Buku Pink dekat Klinik Kesihatan.

Baiklah aku dah banyak merepek, macam Monday Blues pulak padahal hari ni hari Jumaat. Nak start buat kerja dulu.

p/s :

Aku beli lampu ni hari tu, tak jadi beli Holmo.

Dan ini tapi berwarna putih. Yang lain-lain adalah yang kecil-kecil.
Bye.

No comments:

Post a Comment