Saya teringat sikit masa dahulu saya pernah ikut seorang kawan saya balik ke kampungnya di Kedah. Maklumlah saya pelajar yang belajar jauh dari rumah jadi musim cuti yang panjang saya tak ada tempat nak pergi. Selain Kedah, saya pernah ikut kawan saya balik ke Pahang, Kuala Lumpur dan Perlis. Jadi, banyaklah pengalaman saya berada di tempat orang. Orang kata, belajar mengikut arus. Itulah yang saya buat. Saya akui saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga saya yang sederhana kerana walau macamanapun kehidupan orang lain saya akan memilih kehidupan saya sendiri. Kadang-kadang saya bersedih melihat kehidupan kawan saya yang sangat sederhana dari segi tempat tinggal, makan dan pakai. Tapi saya sedaya upaya mengawal diri dan membiasakan diri dengan keadaan itu kerana saya tidak mahu menyinggung perasaan kawan saya. Memang saya kurang biasa dengan mandi air kolah, tidur dalam suasana bernyamuk, makan ikan sungai tapi saya tidak tunjukkan sedikitpun perasaan kekok kerana sejak dari awal lagi kawan saya sudah berpesan yang dia serba kekurangan tapi nampaknya apa yang dia cakap betul. Bayangkan rumah dia terletak jauh ke dalam kawasan kampung dan perlu meminta pertolongan pak ciknya yang mempunyai kereta kerana perlu masuk jauh ke dalam. Mungkin kerana kawan saya berasa malu, jadi dia membawa saya ke rumah mak ciknya yang terletak lebih dekat dengan pekan. Serius saya tak pernah kisah. Namun, ia membuatkan saya menghargai apa yang saya ada. Oleh kerana saya bersikap seperti biasa dengan keadaan itu, kawan saya sangat senang hati dan memuji saya kerana dia tahu saya dilahirkan dalam suasana bandar dan dia jangkakan saya akan banyak songeh. Tapi tiada sedikitpun keluhan keluar dari mulut saya melainkan saya ada mengatakan saya lebih rela mandi memakai baju kerana tidak pandai berkemban. Haha. Alhamdulillah, keluarga dia dapat menerima saya seadanya dan mereka sangat ramah. Tiada diskriminasi yang saya alami.
Kaya atau miskin bagi saya sama sahaja. Kita tetap perlu mencari sesuatu dan mencapai sesuatu. Yang penting hati kena bersih niat kena ikhlas.
Satu kisah benar yang akan saya ingat sampai bila-bila.
Semasa mak dan bapa saya berkahwin penghujung tahun 1987, mak saya baru berusia 20 tahun dan baru habis Maktab. Bapa saya berumur 27 tahun dan baru mula bekerja sebagai dejay. Saya lahir awal tahun 1989, semasa mak saya berumur 22 tahun. Jadi, waktu itu kehidupan dorang belum stabil sangat. Rumah pun kecil saja bak kata orang masa itu macam jari kelingking saja. Kata dorang la, saya pun tidak pasti sebab saya bayangkan kalau rumah sebesar itu macam mana kami nak masuk? Tapi saya tahu mak dan bapa saya gembira dan sayangkan saya.
Nak dijadikan cerita sewaktu saya berusia dalam 3 tahun ada satu peristiwa yang saya akan ingat dan pegang sampai bila-bila, iaitu pesanan mak saya kepada saya. Mak saya akan membeli barang di kedai runcit mungkin barang dapur atau keperluan harian, saya tak ingat. Tapi kadang-kadang mak saya akan bawa saya. Sebelum keluar rumah dia akan berpesan kepada saya, "Peeya, duit mak tak banyak tau. Jadi, jangan minta beli apa-apa ya. Jangan ikut macam budak-budak lain yang suka tunjuk-tunjuk barang yang dorang nak." Saya jawab, " Baik, mak."
Sesampai di kedai, saya terlihat satu benda yang saya sangat suka seingat saya sama ada mainan atau warna air yang dalam bentuk make-up tu. Saya lihat mak saya sambil pegang benda itu, dan saya pasti dia melihat saya juga. Tapi, saya letak semula barang itu dan cakap kat mak saya, " Mak, Peeya dapat pegangpun dah cukup. Tak payah la beli." Kemudian saya pegang tangan mak saya.
Terharu rasanya kerana mak saya berjaya mengajar saya erti sebenar kehidupan. Tak semua benda yang kita mahu kita boleh dapat tapi kalau kita mahu sesuatu, kita kena berusaha sampai dapat. Saya bersyukur kerana cara didikan mak saya, saya jadi manusia yang sebenar.
Bye.
No comments:
Post a Comment