Sunday, November 22, 2009

What makes you become a human being?


Merupakan ciptaan Tuhan yang menjadi khalifah di muka Bumi yang luas ini. Di tanggungjawabkan untuk mencari sesuatu, melakukan sesuatu, menjaga sesuatu di atas keredhaan-Nya. Biasa dan tiada yang istimewa. Melalui kehidupan yang sederhana seperti yang diajar sejak kecil. Perempuan yang berjiwa halus, mudah tersentuh dan menangis cuma disebabkan hal yang kecil. Suka memilih jalan sukar jika diberi dua pilihan ( THE ROAD HAVE NOT TAKEN ). Belajar dari kesilapan. Menganggap setiap yang berlaku bersebab. Bersangka baik kepada orang yang dikenali. Percaya pada first impression. Mempunyai andaian yang hampir tepat. Dalam hidup membawa banyak watak berdasarkan situasi. Kadang-kadang orang akan sangka kita bodoh tapi sebenarnya sengaja membawa watak itu untuk melihat true color seseorang. Mengikut arus. Suka pantai, benda yang berwarna ungu, bau hujan, bunga cala lilly. Suka tidur sepanjang hari. Pada zaman kanak-kanak sangat lasak, nakal, degil dan bersikap seperti budak lelaki. Berambut panjang tapi tak suka ikat. Pendiam tapi banyak berfikir. Suka membaca dan menulis. Tidak mengikut jejak langkah keluarga. Membuat sesuatu yang dirasakan betul dan tidak menyesal sekiranya silap. Mudah marah dan sejuk. Tidak akan marah dan membuat keputusan yang boleh menyebabkan penyesalan. Sentiasa menyelesaikan masalah berdasarkan apa yang ada. Susah menyatakan maaf dan kadang kala terlupa mengucapkan terima kasih. Masih berebut gula-gula dengan adik. Saving the best at the last. Tidak kisah apa anggapan orang lain yang penting niat. Sahabat sukar dicari. Dan,berbangga dilahirkan sebagai Nur Sufira Roszlan.

Bye.




No comments: