Thursday, August 19, 2010

pengalaman

ok bercerita tentang shah alam.. ermmh tak banyak beza sebenarnya. cuma ia lagi besar dan padat. orangnya pun lebih kepada buat hal masing2. maksudnya jaga tepi kain sendirilah. tak peramah. oleh kerana uitm shah alam lebih besar dan luas maka aku selalu mengalami keadaan dimana aku terlupa jalan lurus yang sepatutnya aku amik. aku selalu terlencong ke tempat2 lain dan ini sangat memenatkan. hatta, aku juga mengalami sindrom allergic kepada matahari yang sangat terik di sini. memandangkan aku tiada kenderaan bus adalah pengangkutan utama aku. letih. sangat letih. memandangkan bus sekali naik seringgit aku buat keputusan naik bus sehari dua kali saja. sebab mahal tau kalau balik 10 kali. lagipun penat nak naik bukit fspu yang bertingkat2 tu. kalau pasal makan pula memang agak mahal. tapi yang best kolej aku sebelah dataran cendekia( akhirnya aku ingat nama tempat itu) ada bazaar dan cafe yang banyak plus ada bank. dan kadang2 kalau bertuah dapat jumpa artis. assignment aku memang berlambak. banyak buat slide show dan present. lepas tu datang berjemaah pula 2. sampai boleh termuntah lah. subjek design memang yang paling tough di abad ini. kata 10jam kredit hour. dan aku menang anugerah kredit hour terbanyak iaitu 25kredit hour untuk satu sem, yeaah!!



Bye.

No comments:

Post a Comment