Sunday, November 25, 2012

Kenapa?

Kenapa aku suka dia?
Azrul Azmiezie Aziz.
Dia tidaklah handsome.
Tidak jugak kaya.
Tidak miskin.
Tidak tinggi.
Tidak tough.
Tidak putih.
Tapi tidak jugak hodoh.
Mungkin bagi yang memandang tiada apa yang istimewa.
Tapi bagi aku dia sempurna buat aku.
Dia mampu buat aku tersenyum dengan lawak dia.
Buat aku dihargai.
Buat aku rasa special.
Walaupun kadang-kadang dia memang ada buat aku terasa.
Sakit hati.
Tapi dia jugaklah yang banyak pertahankan hubungan ini.
Di saat mulut aku senang saja mengucapkan kata putus.
Dialah yang banyak bersabar dan bertahan.
Dia yang banyak memujuk.
Lumrah manusia banyak kekurangan.
Dia jugak tidak lari dari membuat kesilapan.
Tapi bersama-sama memperbaiki kesilapan itu.
Lebih baik dari lari dari kenyataan.
Terima kasih kerana telah menjadi kekasihku selama hampir 3 tahun.
Terima kasih kerana sanggup bersusah senang bersama.
Terima kasih kerana masih bersama hingga ke hari ini.
Syukur ya Allah di atas kurniaan-Mu.
Satu pergi yang lebih baik sebagai pengganti.
Alhamdulillah.

Bye.

No comments:

Post a Comment