Tuesday, April 17, 2012

PTPTN

Baru-baru ini isu PTPTN telah dibangkitkan.
Mentang2 lah pilihan raya sudah dekat.
Dan mentang2 lah lagi pelajar yang akan banyak mengundi sebab dorang boleh putar belitkan pelajar tapi susah nak putar belitkan orang tua.
Sememangnya dalam hal ini ada segelintir pelajar yang tidak mahu bayar jumlah yang dipinjam.
Itu memang salah pandai pinjam pandai lah bayar.
Tapi tidak semua pelajar itu jahat.
Ada yang bercita2 ingin bayar even belum habis belajar pun.
Tapi yang menjadi isu sekarang, kenapalah orang luar yang tidak belajar universiti pun yang tidak meminjam PTPTN pulak yang berlebih-lebihan memaki dan mengutuk pelajar yang meminjam PTPTN itu?
Memanglah mereka bukan orang terpelajar tapi janganlah tunjuk sangat bro.
Memaki hamun bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh :


Kencing pun 20 sen, 30 sen. Belajar nak free? Buku teks dah free! Memang dasar burit bapak korang bernanah masa beranakkan korang 

Ni aku amik dari twitter orang.
See, nampak sangat bukan orang terpelajar kan?
Tidak mungkin kami percaya yang free education itu wujud.
Sebab semua benda memang memerlukan duit.
Kalau lah education di free kan mestilah lagi ramai yang malas untuk belajar.
Betul?
Kalaupun ingin menggunakan isu PTPTN untuk menarik minat orang mengundi jangan terlalu menampakkan niat itu.
Isu tidak membayar duit PTPTN or liat untuk membayar memang sudah lama.
Bukan baru bermula sekarang, waktu untuk mengundi.
Kenapa tidak dibincangkan dari dahulu lagi?
Kenapa sekarang baru isu ini diperbesarkan?
Memanglah kadang2 aku sendiri pening memikirkan hutang PTPTN yang semakin banyak.
Tapi belum terlintas lagi untuk tidak membayar.
Kalau boleh ingin segerakan bayar. Hidup berhutang pun tidak seronok.
Kesimpulannya disini, bayarlah hutang anda, kerana duit itu anda sendiri yang guna.
Jangan jadikan alasan bunga itu sebagai penyebab untuk tidak membayar.
Biarkan mereka menanggung dosa riba itu jangan anda menanggung dosa berhutang.
Anda sudah bekerja dengan duit PTPTN yang anda guna untuk membayar bil belajar, jadi balaslah budi itu dengan kebaikan.
Kepada orang diluar sana yang tidak berpeluang menyambung belajar ke universiti, jangan mencemburui kami.
Janganlah memaki kami dan menyamakan kami semua dengan orang yang tidak mahu membayar.
Sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh.
Selamat beramal.

Bye.

No comments:

Post a Comment