Tuesday, May 24, 2011

aku adalah aku in any way

ok untuk post kali ini aku serious sikit. kepada kawan2 yang mengenali aku yang membaca blog ini aku harap korang dapat share pendapat.
ada beberapa orang yang tak berapa suka aku sebab dorang kata aku sombong, tak peramah.
tak banyak cakap, pendiam, dan sebagainya.
Mungkin ada yang betul ada yang tidak di sebalik tuduhan itu.
aku tak kisah apa pendapat orang kerana bagi aku menjadi diri sendiri lebih penting dari menjadi hipokrit.
iya, aku akui aku agak kekok untuk memulakan perbualan lebih2 lagi dengan orang yang baru dikenali, tidak rapat atau orang yang lebih tua.
kerana aku tidak tahu topik yang ingin dibincangkan.
aku selalu berfikir ayat yang sesuai agar tidak tersalah kata. cewaah.
maklumlah orang tua cepat terasa, kan?
jadi aku lebih banyak diam, dan bercakap cuma apabila ditanya.
Tapi tidak adil untuk menolak aku menjadi menantu hanya kerana alasan aku tidak peramah? <
sebab kebahagiaan rumah tangga tidak hanya bergantung pada peramah ke tidak seseorang itu tapi lebih kepada cara dia menguruskan suami. haha << ini kelakar.
lagipun tidak guna peramah kalau perangai macam s*tan.
so, jangan membuat kesimpulan apabila aku tidak peramah aku tidak pandai membawa diri aku sombong.
itu tidak adil.
tidak bererti aku tidak peramah dengan kau aku tiada kawan.
mungkin aku tidak boleh berkawan dengan kau saja??

Bye.

No comments:

Post a Comment