Sunday, January 3, 2010

DUA~

Aku cukup tak faham dengan mereka-mereka yang muka tembok ni.
Atau mungkin mereka dilahirkan sebegitu. Allahualam.
Tapi adakah mereka tak pernah terfikir untuk berada di situasi itu suatu hari nanti. Atau mungkin keluarga mereka akan merana seperti orang yang mereka buat?
Dua.
Ya, aku maksudkan kecurangan.
Seorang yang digelar manusia yang teringin memiliki dua hati dalam satu masa.
Tamak.
Memainkan peranan yang sangat licik agar rambut tidak putus tepung tidak bertabur.
Sedih.
Dia tidak sedar hati yang terguris disebabkan permainan dia itu.
Aku tidak kisah lah kau lelaki atau perempuan tapi kalau sudah dasar penipu tetap akan menipu sampai bila-bila.
Dengar ini, aku benci dengan kau tidak kira lah kau si pencurang atau teman si curang.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Dan lepas itu tidak perlulah kau nak guna alasan menjaga hati orang yang dirampas lah apalah.
Kau salah tetap salah.
Kau nak berdiam diri kah nak jumpa senyap-senyap kah.
Yang aku tau kau perampas.
Silakan terasa pada yang memang tak guna.
Aku mewakili orang yang teraniaya di atas sikap kau yang buruk itu jangan ingat kami diam kami bodoh.
Kami cuma tak mahu bergaduh kerana orang yang hina macam itu. Tidak layak okay.
Terpulanglah pada kau kalau kau nak bela diri kau yang salah itu.
Kalau lelaki mesti nak kata yang naluri lelaki boleh kahwin sampai empat. Sunnah nabi katanya.
Perempuan pula saya tak tahu yang penting saya tak salah. Saya tahu segalanya siapa suruh kau tak jaga dia betul-betul.
Wah senang nya cakap. Yang mangsa ni bergadai segalanya untuk si tak guna alih-alih orang lain kemas.
Kalau minta cara elok tak apa.
Suka hati kau lah jantan dan betina.
Aku tidak akan hormat dengan kau.
Aku tidak peduli apa yang kau kata yang aku tau kau loser!

Bye.

No comments:

Post a Comment