Wednesday, June 16, 2010

bukan dirancang.

dari dahulu memang begitu. sejak mak yang potongkan sampailah potong sendiri. style dia da macam tu susah mahu ubah. tak boleh pendek sampai ke isi. panjang sangat pun tidak sedap mata memandang. sedang-sedang saja baru okay. kalau da terlebih pendek, sakit dan boleh berdarah. memudaratkan. tapi bukan niat mahu bela. cuma, memang tidak boleh jadi jangan paksa. masa sekolah selalu didenda kerana panjang sangat padahal sudah sehabis baik potong supaya nampak pendek. tidak mengapa asal sahaja nampak bersih dan dipotong tiga hari sekali sudah mencukupi. orang lain punya tanggapan berbeza. kuku panjang bukan dosa. aliskan kening lagi dosa.

Bye.

No comments:

Post a Comment