okay. masa mula2 aku masuk uitm dulu aku sering diutarakan dengan soalan2 maut seperti, rumah kau atas pokok kah? tempat kau ada jalan raya? ada kereta? kau masih menyeberang sungai kan kalau mahu pergi mana2? kau minum air longkang? biadap kan. kau rasa2 aku patut jawab dengan penyepak ke dengan penyapu? hellow, kalau betul pun kau tak lulus geografi dan sejarah jangan tunjuk dong. memalukan sih. sebenarnya dia nak kutuk aku kata tempat aku mundur tapi dia tunjukkan kebodohan dengan memberitahu yang dia tidak pernah naik airplane dan pergi ke sabah. tapi soalan tu belum cukup biadap lagi. ada lagi yang super biadap.
yang ni pasal mandrem. adakah diaorang pulaukan aku sebab kata aku pandai ilmu sihir. ILMU SIHIR?? aku nak tergelak pun ada nak pengsan pun ada. bapak sekolah tak cukup dorang ni. kau ingat aku yahudi ke nak percaya khurafat macam tu. kalau aku tau mandrem pun kau ingat kau selamat dari kena mandrem?? hey, ada lelaki tu minat aku tapi bila cintanya ditolak dia boleh buat ayat macam ni kat semua orang, " aku da tak nak rapat dengan kau, sebab bapa aku pesan jangan kawan dengan orang sabah dorang penipu dan kuat mandrem." WTF***. rasa nak teranjang tak?? fikirlah kalau aku kat tempat korang dah lah jauh dari keluarga dipermainkan pula. tak sedih ke? ada sorang pompuan ni ex-roomate aku lagi teruk ada ke dia kata hidung dia bedarah masa aku tiada dalam bilik sebab aku keluar mandrem dia. lepas tu perut dia kembung kata aku busung dia? pshyco sungguh kamu ni. cuba rakan2 yang bijak pandai fikir kalau orang yang mulut celupar macam dia tu kalau betul aku boleh mandrem adakah patut aku cuma berdarah kan hidung dan busungkan perut dia sahaja?? kenapa aku tak hilangkan saja mulut dia kan?
kadang2 benda macam ni orang anggap remeh. boleh dibuat main. tapi bila dah sentuh sensitiviti orang lain tu tidak kah boleh dianggap kurang ajar. tak kisah lah kawan atau lecturer masing2 kena hormat masing2. kata budi bahasa budaya kita?
Bye.
No comments:
Post a Comment