lepas dah habis tengok terus balik rumah. petang tu jalan lagi ke centre point. jalan2 masuk satu kedai yang ala2 parkson tapi nama dia ngiukee superstore. aku tengok lah baju dekat area rev sport. aku tidak pegang pun baju dia tapi beg aku terlanggar hanger baju salah satu baju yang ada. tidak lah jatuh. tapi ada seorang promoter ni dalam jarak 50 meter dari aku dengan sepantas kilat pergi ke arah baju tu dan betul2 dengan muka kekwat. adik aku caca, tunjuk lah baju lain bahagian yang sama tapi di hadapan. dia cakap cantik baju ni. aku pun yang tiba2 terasa promoter tu agak over dalam menjaga baju dia terus cakap kat adik aku dengan nada2 kekwat juga lah, "hey, tak payah lah kau pegang baju2 di sini, nanti orang dia cepat2 kemas." sekuat yang boleh. aku rasa promoter tu dengar kot. padan muka kau!
aku pun terus blah dari situ. dijadikan cerita aku terpaling balik tempat kejadian. hati aku masih panas lagi ni. aku terpandang lagi promoter tu. dia jeling aku dengan kelajuan 29km per saat, 180 degree. rupanya dia pandang aku dari tadi, aku pun dengan muka kekwat dan cekak pinggang pusing 270 degree berpaling dari dia. hey, hello aku buat salah kah? tidak betulkah apa yang aku cakap tu? cuba bayangkan kalau kita tengok baju dia belum pegang lagi dia sudah betul2 kedudukan baju dia apa maksudnya. maksudnya dia tak mahu kita beli sebab dia sayang hanger dia terpindah 0.001cm dr kedudukan asal. kalau kita tak tengok dulu macammana lah mahu beli? damn! awak tu cuma promoter memang lah tugas awak jaga baju bukan jaga baju dari dibeli pelanggan.
p/s : jaga laki di rumah lagi bagus kalau takut sangat orang kebas. persoalannya, ada kah laki kau? opsss!
Bye.
No comments:
Post a Comment